Tuesday, October 28, 2008

Better Mum or Dumb?



This piece of parliamentary interaction (Hansard Pages 64/65), which I thought quite amusing, happened last Thursday while Azmin Ali [PKR-GOMBAK] had his turn debating the 2009 Budget, and was emphasizing on the fact that the budget is already rendered irrelevant due to the changes in the global economic circumstances.

Dato' Abd Rahman Dahlan [BN-KOTA BELUD] was eager and anxious to interject GOMBAK a few times, and was finally given permission by the latter.
[KOTA BELUD]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gombak. Tadi pada mula perbahasan Yang Berhormat Gombak ada mengatakan bahawa pihak pembangkang menuntut Menteri Kewangan yang baru untuk membentangkan bajet yang baru berdasarkan keadaan ekonomi semasa dunia. Saya ingin hendak tanya kepada Yang Berhormat Gombak pada tahun 1998, pada waktu itu Ketua Pembangkang yang berangan-angan menjadi Perdana Menteri sekarang ini adalah Menteri Kewangan. Pada waktu itu situasi ekonomi dunia juga meruncing seperti sekarang ini.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Gombak, Ketua Whip yang berangan-angan menjadi Menteri Kewangan kononnya. Pada waktu itu beliau adalah setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan tetapi pada waktu itu saya tidak teringat walau saya tahu pada waktu itu Menteri Kewangan yang Ketua Pembangkang sekarang ini tidak membentangkan bajet alternatif walaupun pada waktu itu ekonomi dunia merudum dan pasaran saham jatuh, kadar faedah melonjak angkara Ketua Pembangkang menaikkan interest rate. Pada waktu itu Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan yang bertanggungjawab tidak membentangkan bajet alternatif. Ini adalah satu hipokrit, satu putar belit, lidah bercabang, talam dua muka. Tolong jawab.
And rightly so, GOMBAK went straight for the “kill”:
[GOMBAK]: Tuan Yang di-Pertua saya gembira kerana memberi laluan kepada Yang Berhormat Kota Belud sebab kalau dia tidak bercakap tidak nampak dia tidak cerdik. Akan tetapi bila dia buka sahaja mulut nampak kedangkalan dan kejahilan seorang pemimpin UMNO. Apa yang berlaku tahun 1997, 1998 boleh check rekod dalam Dewan Rakyat. Dalam menangani krisis kewangan pada ketika itu Menteri Kewangan membentangkan dua kali revised bajet dalam Dewan Rakyat. Masa itu dia budak hingusan di Sabah sahaja dia tidak tahu.
And I couldn't resist adding further:
[PETALING JAYA UTARA]: Terima kasih Yang Berhormat Gombak.

Adakah benar bahawa pada tahun 1997 pada masa itu kita tidak ada pergerakan harga minyak seperti pergerakan yang kita tengok hari ini. Di mana harga USD140 se barrel turun kepada USD70 . Pada masa itu harga minyak adalah hanya antara USD12 dan USD15 sahaja. Pada masa itu hasil negara kita, hasil kerajaan negara kita tidak rely kepada hasil daripada Petronas kita tidak hanya lebih kurang 10% sahaja. Tidak macam hari ini di mana Petronas sumbangannya lebih kurang 46.4% daripada kesemua hasil negara kita. So situasi sudah tidak sama. Tidak boleh gunakan isu 1997 untuk 2009. Terima kasih.
KOTA BELUD sank low in his chair after that, and not adding anything else during GOMBAK's 40 minute speech ;-)


technorati tags:
| |
More at: News 2 Cromley

No comments: